Saturday, 1 January 2011

1-1-11

Assalamualaikum
Tahun bertambah satu, umur berkurang satu.
Semoga yang berlalu itu berkat dan yang mendatang itu rahmat.
Selamat tahun baru 2011.
Sekadar pesanan ringkas dari teman. Maaf teman aku tak kuasa untuk membalas dan mengarang mutiara kata.

2011
Baru menjelang tiba pasti nanti persoalan standard sepanjang tahun akan bergema. Apa azam awak?
Maaf aku tak berazam, dalam kata yang sebenar berazam sempena tahun 2011. Agak terlewat jika baru hari ini aku berazam sebab yang jelas keazaman yang masih meluap sejak 27 hari yang lalu masih aku jaga kehangat baranya. Azam aku dalam berhijrah sebab selama ini aku terpenjara dek kerana azam yang aku ciptakan. Tidak cukup didiari aku coretkan, kepada teman-teman aku canangkan jika boleh biar seantero perlusok dunia tahu aku berazam.
Azam aku kah itu?
Selayaknya itu adalah mimpi dalam anganku. Mimpi dan angan yang disatukan atas topeng satu keazaman. Mungkin inilah kebenaranya kerana azamku tidak lebih dari kepanasan suam-suam kuku. Azam yang aku reka mungkin atas dasar bersaing dengan teman yang pasti aku menyoalnya. Azam aku sekadar alasan menunjukkan aku adanya azam tahun baru. Alangkah hinanya aku.


Azam sekadar didalam dada. Tidak kemana
Azam sekadar dicoretkan lagilah tidak berguna
Azam sekadar dicanang bertambahlah hina
Azam sekadar seketika hanyalah membuang masa
Jika tiada azam tak tahulah kamu jenis apa?




Aku bukan tiada azam. Malah azam ku, aku tekadkan dengan hijrah. Aku gandingkan mereka berdua. Azam untuk berhijrah dan hijrah untuk mencapai azam yang telah diazamkan.
Betul ke? Soal akal. Ya akal yang selalu menduga dan memporak-porandakan kekuatan azamku. Akal yang sekali-sekala seolah mensabotaj diri sendiri.Akal yang penuh dengan tipu daya adakalanya hampir kecundang jika akal bermaharajalela. Akal yang jika tidak dijaga pasti akan merana.


Ya Allah
Aku berlindung dengan MU daripada rasa susah dan dukacita. Aku berlindung dengan Mu daripada sifat lemah dan malas. Aku berlindung dengan MU daripada sifat penakut dan bakhil. Aku berlindung dengan MU daripada bebanan hutang dan penindasan orang lain.

No comments:

Post a Comment